
Pada 9 Mei 2026, pihak Poliklinik QMS Pontian bersama Klinik Medirra Pekan Nenas telah menyertai program Every Day Hero 2026 yang dianjurkan oleh Perodua Sijori Auto Sdn Bhd.
Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan serta bagi meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan.
Sepanjang program berlangsung, pihak klinik telah menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung yang hadir. Antara pemeriksaan yang dijalankan termasuk:
- Pemeriksaan Tekanan Darah
- Pemeriksaan Gula Dalam Darah
- Pemeriksaan BMI
- Pemeriksaan Kesihatan PEKA B40
Turut diadakan adalah promosi pemeriksaan kolesterol bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan saringan kesihatan secara lebih mudah dan berpatutan.


Selain pemeriksaan kesihatan, Dr. Rafie’ Ridzuan turut memberikan talk kesihatan berkaitan kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat kepada para pengunjung sepanjang program berlangsung.
Komitmen Dalam Program Kesihatan Komuniti
Sebagai klinik kesihatan primer di Pontian, Poliklinik QMS Pontian dan Klinik Medirra Pekan Nenas sentiasa komited dalam menjayakan program kesihatan komuniti dan korporat melalui aktiviti pemeriksaan kesihatan, vaksinasi dan program kesedaran kesihatan.

Servis Pemeriksaan Kesihatan Onsite di Pontian
Pihak klinik turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan onsite untuk:
-Hari keluarga & event komuniti
-Syarikat & kilang
-Program korporat
-Sekolah & institusi pendidikan



Poliklinik QMS Pontian dan Klinik Medirra Pekan Nenas sedia membantu organisasi dan komuniti dengan perkhidmatan kesihatan yang profesional dan berkualiti.

