
Pada 6 Mei 2026 yang lalu, pihak Poliklinik QMS Pontian telah menjalankan program pemeriksaan kesihatan pekerja di premis Precast Concrete (Pontian) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran kesihatan di tempat kerja.
Program ini melibatkan pemeriksaan kesihatan untuk para pekerja bagi membantu mereka lebih peka terhadap tahap kesihatan semasa serta memastikan kesihatan pekerja sentiasa berada dalam keadaan baik.
Sebagai klinik kesihatan komuniti di kawasan Pontian, pihak Poliklinik QMS Pontian komited dalam menyediakan servis pemeriksaan kesihatan pekerja, vaksinasi serta program kesihatan korporat secara profesional dan mudah diakses.

Servis Pemeriksaan Kesihatan Onsite di Pontian
Selain rawatan di klinik, pihak Poliklinik QMS Pontian turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan onsite untuk syarikat, kilang, institusi pendidikan dan program komuniti.
Antara servis onsite yang disediakan termasuk:
- Pemeriksaan Kesihatan Pekerja
- Health Screening Korporat
- Program Vaksin Influenza
- Program PEKA B40
- Program Sehati
- Program Kesedaran Kesihatan
Perkhidmatan onsite ini membantu memudahkan organisasi menjalankan program kesihatan secara lebih sistematik tanpa mengganggu operasi harian syarikat.



Hubungi Kami
Untuk pertanyaan berkaitan program pemeriksaan kesihatan onsite atau kerjasama korporat, sila hubungi pihak Poliklinik QMS Pontian dan Klinik Medirra Pekan Nenas


